BUAH MANGGIS BUAH BERI
TAPI TAK SETANDING BUAH BIDARA
ASSALAMUALAIKUM SALAM KU BERI
SEBAGAI TANDA PEMBUKA BICARA
Hai, alhamdulillah saya masih di beri kesempatan untuk menulis blogger ini dengan perisian entri yang seterusnya, ahahaha bersungguh-sungguh buat setiap entri, untuk makluman awak semua sebenarnya blog ini wujud sebab tugasan yang di berikan tu lah pasal dalam satu hari bermacam-macam entri yang saya upload, harap awak semua support tau blog saya, join sama oke, sebelum saya memulakan entri saya yang ketiga ini, saya sajikan adan dengan video lucas si labah-labah cute, dek kerana topik saya kali ini berkaitan dengan haiwan maka saya sajikan anda dengan vide berdurasi pendek ini, semoga terhibur.
Ha, macam mana comel kan lucas si labah-labah, saya harap awak semua terhibur, oke dari tajuk entri saya tu saya rasa awak-awak semua dah tahu apa dia haiwan kesayangan saya, nama sedemikian rupa sering kali di gunapakai untuk haiwan berbulus yang di gelar KUCING. Cimot adalah seeor kucing yang saya bela dari kecil dan saya dapatkan dari pada seorang rakan saya, disini saya akan ceritakan bagaimana saya bertemu cimot.
Pada awal bulan 4, setelah kehilangan 3 kali berturut-turut hamster milik saya (bukan mati bukan di curi tapi haiwan ni bijak reti buka pintu sangkar dia) yang akhirnya membuatkan saya serik dan putus asa untuk membela hamster lagi. jiwa saya terasa kosong tanpa haiwan peliharaan, tiba-tiba hati saya terdetik teringat kembali kucing peliharaan saya jenis DLH yang telah hilang di curi individu tidak bermoral pada akhir tahun 2015, kucing itu saya namakan bunny, warnanya hitam likat namun ada sedikit keperangan di hujung-hujung bulunya tak tahu nak terangkan, saya berfikir mungkin jiwa saya serasi bersama kucing tidak pada haiwan lainnya maka bermulanya sesi episod pencarian anak kucing terbuang, yang tak di inginkan tuannya, yang memerlukan kasih sayang dari sebah keluarga yang baru.
Saya banyak buang masa dekat facebook berjam-jam, tengok macam-macam page,post join group kucing adopted dan sebagainya, tapi setiap kali nak deal mesti tak jadi mesti ada halangan, sampai saya rasa give up dah masa tu, ada yang sangup nak hantar tapi berlanggar dengan masa kerja saya, suami pun kata mungkin Allah nak bagi kucing yang betul-betul perlukan kasih sayang kita, terpujuk juga lah hati ni bila dengar apa yang suami katakan. Hingga lah suatu hari tu saya terdetik di hati untuk hantar pesanan kepada rakan saya yang kebetulan tak jauh dari tempat saya tinggal dan bertanyakan kepadanya sekiranya dia masih mempunyai anak kucing atau kucing yang hendak dberikan kepada orang, dan jawapan yang di berika ya Allah amatlah mengembirakan, rakan saya berkata ada. Sejurus selepas dia berkata ada saya telah menetapkan masa untuk datang megambil anak kucing tersebut, berdebar hati rasa tak sabar untuk bertemu dengan haiwan peliharaan baru.
Hari yang dinanti telah tiba ahahaha habis jak kerja malam tuh jam lebih kurang 2200hrs saya dan suami bertolak dari Senai ke Ulu Tiram Johor, alhamdulillah perjalanan kami lancar sampai dekat situ saya terus jumpa kawan saya dan masa tu dia suruh pilih kucing mana yang nak dia bagi tunjuk yang anak kucing area mana, wei banyak kucing tapi hati dah terpaut dekat yang seekor ni sebab masa mesej hari tuh dia ada sent gambar dekat saya. dah siap ambil apa semua tiba masanya pulang ke ruma dengan membawa anak kucing baru.
Masa ambil cimot, dia kecik lagi dalam 7 ke 8 bulan tak silap, kecil sangat, kurus, tak terurus, saya syak dia ni tak mandi makan pon berebut, lagi satu dapat tahu cimot ni sendiri mak dia tak tahu kemana kira dia ni stray cat jugalah, adik beradik ada tapi mati dah, so masa gerak tuh dah cakap dekat suami singgah 7E nak beli makanan untuk meow ni, suami kata boleh dan balik nanti mandikan dia.pon pang pong pang sampailah dekat ruma ha, masa tuh iperasi bersihkan dia mandikan pakai shampoo manusia wei ahahah herbal essences bersihkansebersih-bersihnya nasib dia tak melawan sangat masa mandi yalah sesetengah kucing ni bila mandi ya Allah agresif, cakar mencakar akan berlaku nasib baik dengan cimot tak, dah siap mandi saya bagi makan kat dia mula-mula dia macam tak biasa sangat makan makanan kucing tuh so saya fikir mungkin tak selera tapi dah seminggu masih macam tuh, lastnya google hahahaha anak kucing makan labu merah rebus dengan isi ayam lepastuh blender ha bila mimggu seterusnya tu saya buat macam tu alhamdulillah cimot makan banyak.
Nama cimot nie saya bagi dengan dia sebab kira nak letak nama comot sebab dia ada satu tanda hitam dekat hidung so bila orang tengok nampak macam comot, tapi saya nak kelainan sikit ahahahaha so saya tukar O to I makan terhasilnya lah nama cimot nie, nakal dia tuh tak perlu nak kata apa lah habis satu rumah dia semakkan macam budak kecik ada jak yang dia bawa kat mulut tak tahu celah mana dia dapat tisu pula jangan letak bawah, letak bawah habis di gigitnya semua ksepah wei rumah, hobi cimot nie dia suka gigit jari tak kira jari kaki ke jari tangan ke ha habis semua dia gigit mangsa dia selalu suami saya ahahaha kadang lawak sebab tengok suami saya marah cimot dah macam budak kecik bukan kucing yang lagi lawak cimot faham dan pandai merajuk pula bila dah kena marah. O wh lupa nak bagitau cimot ni jantina dai jantan buat masa sekarang aq dah ada calon isteri untuk dia,ahahah try to be a good parents to kucing lah konon ahahaha ha yang sekor ni nama itam in shaa Allah kalau ada kesempatan saya story dekat awak-awak semua macam mana dapat cik itam kita nie( saya gelarkan yang sekor tuh cik itam sebab dia betina dan hitam) dan macam mana penerimaan cimot dekat cik itam tam tam kita nie. Dedua pun kucing kesayangan saya tapi yang paling manja cimot lah tidur nak berselimut sama atas katil, pembuli dekat cik itam tam tam pula kesian ci itam tam tam ahahahaha
Ha ini lah cik itam tam tam ahahahahah lihat betapa boleh tahan juga nakal dia ni, saya sibuk buat entri blog sibuk nak duduk atas laptop saya, habis laptop jadi tempat port muka tak bersalah, ahahahah nampak mata mana mata, hidung mana hidung? ahahahaha story abaiut dia in shaa Allah lain masa lain entri oke. ha ini lah cerita tentang cimotku sayang kucing kesayangan saya yang baru yang sangat-sangat saya dan suami jaga dan manjakan makan minum dia sentiasa diutamakan mandia dia jangan nak kata dah beratus habis beli semata nak carikan yang sesuai dengan dia, sementara saya dan suami belum ada rezeki zuriat so saya habiskan masa dan kasih sayang saya dengan kucing-kucing yang perlukan kasih sayang seorang manusia seperti kami semoga cimot dan cik itam membesar dengan sihat, baik dan tak nakal (please stop kacau barang- barang mommy dalam bilik, langsir mommy please stop main hbais benang langsir mommy rosak, kertas study mommy jangan gigit, meja study mommy jangan naik sebab nak duduk atas laptop semata, ahahahaha) tapi apa pun yang cimot dan itam buat mommy tetap sayang awak berdua sebab awak berdua penghibur mommy (masa taip entri ni, cimot dan hitam tengah berlari kejar mengejar dalam rumah dah buat macam gelanggang larian marathon kesana kesini berdua lari, sabo jer lah)
So ssaya rsa sampai sini sajalah saya coretkan kisah tentang cimotku sayang nanti ada masa next entri saya buat cerita tentang cik itam tam tam dan more about cimot lagi kay,perkembangan 2 ekor budak kecik nakal nauzubilah ni, hihihihi kalau awak-awak semua ada cerita nak kongsi about kucing awak-awak semua nak kawan-kawan dengan cimot dan cik itamboleh lah komen and tepek gamabr bulus-bulus awak-awak semua atau nak kongsi tips ke nak kongsi info-info pasal kucing ker jom lah join saya dekat blogger saya kay, akhir entri saya ada video cimot so hope enjoy again oke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan