Makanan tradisi murut
Ramai pelancong yang datang berkunjung ke Sabah bukan sahaja berpeluang untuk melihat kepelbagaian flora dan fauna tetapi juga berpeluang untuk merasa makanan yang beraneka jenis yang hanya terdapat di Borneo. Hal ini demikian, negeri Sabah terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum. Selain itu, kita sendiri boleh melihat pelbagai jenis makanan tradisional yang dihidang dan yang dijual di pasar atau di tamu yang berdekatan. Seperti yang kita tahu, ada di antara kita sendiri yang jarang sekali dapat melihat dan juga merasa makanan tersebut melainkan datang sendiri berkunjung di kawasan tertentu sahaja.
Masyarakat suku kaum Murut yang tinggal di pedalaman Sabah merupakan etnik yang unik kerana sangat kaya dengan pelbagai khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam memasak bermacam-macam jenis makanan. Masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman ini mempunyai banyak cita rasa yang berbeza-beza. Antara makanan yang paling terkenal di kawasan Kampung Lotong, Mukim Sepulut ialah resipi memasak pucuk ubi kayu, ubi kayu rebus dan ubi kayu goreng, paku-pakis, buah tarap yang hanya terdapat di Borneo, jeruk ikan, jeruk daging, sagu yang dibuat daripada ubi kayu, tuhau, dan sebagainya.
Selain itu, Tiopoh atau pun Mamata juga adalah sejenis makanan kaum Murut yang terkenal di kawasan perkampungan ini. Makanan ini berasal daripada padi bukit yang masih mentah ataupun padi yang muda iaitu hasil padi yang sudah boleh dipetik. Hasil padi atau beras yang diambil akan di goreng sehingga masak sehingga kelihatan kekuning-kuningan tanpa menggunakan minyak masak. Setelah siap dimasak, makanan ini akan dikisar dengan menggunakan blender ataupun boleh ditumbuk secara tradisional sehingga halus. Tiopoh ataupun Mamata ini boleh dicampur dengan sedikit gula untuk rasa yang lebih enak.
Kepelbagaian makanan ini disukai oleh lapisan masyarakat kerana rasa, teksturnya dan aromanya sesuai dengan cita rasa seseorang. Makanan tradisional Kaum Murut ini perlu diketengahkan agar generasi akan datang tahu akan wujudnya makanan yang bermacam-macam ini. Mereka yang belum merasa kelazatan dan keenakan makanan tradisional ini, boleh datang berkunjung ke Sabah, terutamanya di kawasan perkampungan.
Pucuk Ubi Kayu/Umbus Jantung pisang/Pusok Tiopoh/Mamata
Kuih Bungkus Ubi Kayu/Nilopot Ubi rebus/iluui
AMBUYAT sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi.
Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum berkenaan.
Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia itu amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei.
Kaum Kadazan, Murut, Dusun dan Bajau di Sabah juga amat meminati makanan ini yang dipanggil Linut.
Di Brunei, sagu rumbia dikenali sebagai ambulung. Untuk menghasilkannya, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.
Bagaimanapun, hari ini ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket.
Ketua Wanita Kampung Patau Patau 2 Labuan, Rahmah Rahmat, berkata hanya dua bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat iaitu tepung sagu dan air panas.
"Tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan.
"Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal.
"Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan.
"Rasanya tawar, namun ia bergantung pada kuah dan lebih hebat jika kuah lebih masam atau pedas," katanya.
Seronok dimakan beramai-ramai
Rahmat berkata, ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.
"Enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman," katanya ketika melakukan demonstrasi membuat ambuyat.
Pada kebiasaannya, kata Rahmah, ambuyat dimakan beramai-ramai, sekali gus dapat mengerat silaturahim dan hubungan sesama keluarga mahupun penduduk kampung.
"Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.
Paling menarik semasa kita berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk.
"Sambil makan, kita dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan," katanya.
sumber dari google
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamapakah makanan etnik murut yang berasaskan sup
BalasPadampg ดีที่สุดเกมออนไลน์ PG SLOT สล็อตบนโทรศัพท์เคลื่อนที่ แบบใหม่ตอนนี้ ของโลก สมัครเล่น SLOT วันนี้รับโบนัส แรกเข้า 100% ในทันทีทันใด โบนัส 50% สำหรับสมาชิกใหม่
BalasPadam