Jumaat, 13 Julai 2018

SUKU KAUM MURUT

seperti yang saya janjikan berkenaan tentang penerangan suku kaum murut ini adalah penerangan suku kaum murut saya harap awak semua enjoy baca ya, kalau ada yang hendak ditanyakan bolehlah komen in shaa Allah saya akan jawab.

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan Keningau. Kaum Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah tradisi mereka iaitu rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga yang besar yang berhampiran dengan kawasan sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun. Misalnya, suku kaum Murut amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Kebanyakan kaum Murut ialah petani, pemburu, dan penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah . Adat upacara perkahwinan bagi kaum Murut juga sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada itu, dahulu mereka mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi. Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip.

  • Adat Kematian Kaum Murut

      • 2467Image via blogspot.com
        Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh penduduk akan didenda iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam keempat, mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keesokan harinya, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap selamat jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah selesai
  • Tarian Tradisional Kaum Murut

    • Tarian Tradisional Kaum Murut

        • 9ba7Image via blogspot.com
          Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan “Tarian Lansaran” dan “Tarian Mangunatip” yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di Bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka. Gaya tarian Mangunatip ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun selang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini
    • Pakaian Tradisional Kaum Murut

        • F5efImage via blogspot.com
          Pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan
    • Pakaian Tradisional Kaum Murut

        • Ae06Image via blogspot.com
          Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian tradisional boleh dipakai pengapit pengantin. Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada juga sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala, bagi kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu. Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.

    maklumat diperolehi dari sumber google.

    1 ulasan:

    1. How to Play Baccarat | Best Casino Bonuses in the UK 2021
      Baccarat is 메리트카지노총판 an exciting game that deccasino can be played in many casino casinos including Ladbrokes, 888 Holdings febcasino and Betfair. It can be played

      BalasPadam