enjoy the entri semua ehehehe
Latar Belakang Etnik Brunei
Etnik Brunei adalah salah satu kaum minoriti di Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan, Membakut, Beaufort, Negara Brunei Darussalam dan terdapat juga di Lawas dan Limbang Sarawak. Asal usul etnik ini di Sabah sangat berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Brunei. Suatu masa dahulu, sebelum kedatangan penjajah British di Sabah, Sabah merupakan salah satu jajahan takluk Kesultanan Brunei. Oleh sebab itulah terdapatnya etnik Brunei di Sabah. Sabah mula terpisah Kesultanan Brunei pada 11 Ogos 1865 apabila konsul Amerika, Charles I. Moses menubuhkan ‘American Trading Company’ di Ellena (Kimanis), Sabah. Ini diikuti lagi dengan penjajahan British, Jepun, British Colony dan akhirnya sehinggalah penyertaan Sabah dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Masyarakat Brunei merupakan antara kaum minoriti di Sabah. Hal ini kerana etnik ini hanya tertumpu di beberapa bahagian kecil di Sabah dan jumlahnya juga tidaklah ramai. Walaubagaimanapun, dalam kalangan kaum minoriti di Sabah, etnik Brunei merupakan kelompok teramai. Mengikut bancian pada tahun 1991, terdapat kira- kira 123,810 orang Brunei di Sabah. Jumlah ini merupakan 6.64% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Sabah.
Seperti mana etnik Bisaya, etnik Brunei juga mempunyai sejarah yang tersendiri mengenai asal usul nama ‘Brunei’. Berdasarkan catatan tradisi lisan yang diperoleh daripada Syair Awang Semaun, perkataan ‘Brunei’ berasal daripada perkataan ‘baru nah’. Mengikut ceritanya, rombongan klan atau Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei untuk mencari tempat mendirikan negeri baru. Setelah mendapati kawasan itu berkedudukan strategik (diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali, memudahkan pengangkutan, dan kaya ikan), maka mereka pun mengucapkan perkataan ‘baru nah’ yang bererti tempat itu sangat baik dan berkenan di hati mereka. Perkataan ‘baru nah’ itu lama kelamaannya berubah menjadi Brunei.
Masyarakat Brunei masa kini juga amat sinonim dengan agama Islam. Akan tetapi, sebelum mereka menerima agama Islam, mereka dipercayai menganut agama Hindi-Buddha. Hal ini dibuktikan dengan penemuan replika stupa di Pusat Sejarah Brunei. Selepas kedatangan agama Islam di Borneo, masyarakat Brunei mula menerimanya sebagai agama baru mereka.
pakaian tradisional brunei
Pasangan ini menggunakan pakaian tradisi Brunei yang bernama Jong Sarat
Cerita rakyat Brunei
Pada zaman dahulu, gajah menjadi raja segala binatang kerana kegagahannya. Beberapa ekor binatang cuba beradu tenaga dengan gajah untuk menjadi raja. Badak cuba melawan gajah tetapi dia kalah. Malahan gajah melempar dan menghumbannya ke dalam sungai. Gajah melarang badak naik ke darat.
Harimau dan singa pula cuba melawannya tetapi gajah dapat menusuk leher kedua-dua binatang ini dengan gadingnya yang tajam. Semenjak hari itu singa memelihara rambut hingga panjang supaya dapat menutup luka di lehernya. Harimau melarikan diri kerana ketakutan lalu bersembunyi di dalam gua.Semenjak hari itu tiada binatang yang berani melawan gajah yang gagah itu.
" Ooooooooiiiiiiiiii! Sekarang akulah raja di rimba ini. Tiada binatang yang boleh menewaskan aku!Semuanya ku tewaskan dengan mudah! " teriak gajah dengan bongkaknya.
Semenjak hari itu, gajah sentiasa mendabik dada."Ooooooooooiiiiiiiii! Akulah binatang yang paling gagah sekali." Gajah selalu menunjuk-nunjukkan kegagahannya. Ia sering menyerang binatang-binatang kecil. Semua binatang-binatang akan lari lintang-pukang kerana takut ditusuk gajah dengan taringnya yang tajam.
"Ooooooooooooiiiiiiiiiii! Semua binatang lari melihatku!" kata gajah sambil tertawa,"Aku akan terus bergelar raja rimba!" jeritnya dengan bangga.
Pada suatu hari, gajah masuk ke kebun Orang Asli. Ia memusnahkan banyak tanaman. Ia makan tebu sepuas-puas hatinya.
Rupa-rupanya Orang Asli menunggu kedatangan gajah. Mereka menyerang gajah dengan lembing.Gajah itu pun lari lintang-pukang.
"Aku mesti selamatkan diri!" fikir gajah dengan bangganya. Rupa-rupanya Orang Asli telah memasang jerat. Gajah berlari merempuh buluh runcing yang tersembunyi di dalam belukar. Mukanya terhumban ke atas jerat yang telah dipasang itu.
"Aduh, sakitnya mataku!" teriak gajah sambil meraung kesakitan. Akibatnya kedua-dua belah matanya menjadi buta.
"OOOOOOOOOOiiiiiiiiiii! tolonglah aku!" teriak gajah tetapi semua binatang di rimba tidak mahu menolong gajah yang sombong dan ganas itu. Mereka mendiamkan diri walaupun gajah menjerit-jerit kesakitan. Mereka masih ingat akan perbuatan gajah yang zalim kepada mereka.
Suara lolongan gajah itu mengganggu ketenteraman binatang-binatang di dalam hutan itu. Akhirnya raja cacing menghampiri gajah kerana tidak sampai hati melihat gajah yang menderita kesakitan.
"Ambillah kedua-dua belah mataku," kata raja cacing lalu memberi sepasang matanya kepada gajah.
Setelah menderma matanya kepada raja rimba itu, cacing pun kembali ke dalam tanah sambil berkata kepada anaknya, "Jika kita mempunyai kelebihan, gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana."
Sejak hari itu, gajah dapat melihat semula kerana masih ada binatang lain yang bersimpati dengan nasibnya. Namun, gajah yang berbadan besar dan gagah itu kini mempunyai mata yang kecil kerana mata itu adalah milik cacing pada asalnya.
Tarian Brunei Darussalam
Tari Brunei adalah bagian dari budaya Brunei memiliki berbagai macam bentuk musik rakyat dan tarian asli. Beberapa contoh tari Brunei saya sebutkan di bawah ini:
1) Tari Adai Adai
Merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.
Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
Kadang-kala tiada alatan muzik digunakan, sebaliknya bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian.
2) Tari Aduk-Aduk
Aduk-Aduk merupakan tarian upacara yang dilakukan oleh orang Kedayan selama liburan, terutama pada akhir panen musim. Penari memakai pakaian prajurit tradisional, di tengkolok , merah sabuk dan pakaian hitam, dan menari dengan ketukan silat , seorang Melayu seni bela diri . Tarian ini disertai dengan instrumn perkusi, termasuk drum dan kelapa kerang. Aduk-Aduk-Ini adalah bentuk tarian pribumi dan umumnya dilakukan selama setiap kesempatan meriah, terutama untuk merayakan akhir musim panen. Para penari umumnya terbungkus dalam attires tradisional mereka prajurit dan menari selaras dengan musik dan gerakan silat.
3)Tari Jipin
Tari Jipin-Ini adalah tarian rakyat Melayu dan disertai dengan berbagai lagu yaitu llahi Yadan, Hujan Lari dan Yadan Lancang Kuning. Tempo lagu yang menambah tenaga ke pertunjukan tari.
4) Alus Jua Dindang
Ini adalah lagu tari tradisional diiringi dengan lagu dan biasanya dilakukan selama upacara pernikahan. Tarian dan lagu itu dilakukan oleh kedua penari laki-laki dan perempuan
Alat muzik Brunei
Muzik tradisional merupakan salah satu khazanah berharga Brunei Darussalam sejak zaman berzaman. Sultan Bolkiah yang merupakan Sultan Brunei yang ke-5, diberi gelaran Nakhoda Ragam kerana baginda sentiasa membawa bersamanya orkestra Gulintangan semasa dalam pelayaran. Brunei Darussalam pada masa pemerintahan Sultan Bolkiah pada kurun yang ke-16 menguasai Pulau Borneo hingga seluruh Filipina.
Permainan Muzik Gulintangan merupakan salah satu daripada cabang seni muzik tradsional. Sebuah orkestra Gulintangan terdiri daripada gulintangan, tawak-tawak,gong dan gendang labik. Pada hari ini, musik tradisional terutamanya seni muzik Gulintangan sering dimainkan didalam upacara upacara seperti majlis perkahwinan, pembukaan rasmi, majlis penganugerahan, majlis keramaian dan sebagainya.
1. Gulintangan
Gulintangan merupakan alat yang paling penting dan berpengaruh dalam satu orkestra musik gulintangan itu. Ketiadaan alat ini boleh menyebabkan rangkaian orkestra gulintangan tidak dapat berfungsi. Ia merupakan antara penentu untuk pembuka lagu, penutup atau selingan.
2. Gendang Labek
Gendang Labek merupakan alat yang mempunyai peranan yang sama penting dengan peralatan gulintangan dalam menghidupkan sesuatu irama. Kedua-duanya juga digunakan sebagai isyarat bagi menamatkan satu-satu permainan. Diantara peralatan musik gulintangan, gendang termasuk gendang labek, rebana dan sebagainya merupakan peralatan yang paling susah untuk dimahiri.
3. Tawak Tawak
Tawak-tawak digunakan sebagai bunyi latar lagu-lagu yang dimainkan. Alat ini membuatkan lagu yang dimainkan itu menjadi semakin manis didengar. Ia bertindak sepeti 'bass' disamping gong. Didalam sesetengah lagu, dua tawak-tawak digunakan; satu sebagai 'peningkul', dan satu sebagai 'peningkah'.
4. Canang
Alat ini mempunyai peranan yang tidak berapa penting penting dalam rangkaian orkestra gulintangan ini. Ia bersifat pengiring sahaja. Ia tidak berfungsi untuk mencipta irama yang dimainkan. Walaupun demikian, dalam sesetengah lagu, ia memainkan peranan yang penting, seperti didalam lagu 'Ayasan' dimana biasanya ianya digunakan untuk memulakan lagu tersebut. Terdapat dua jenis canang yang terdapat didalam orkestra gulintangan, iaitu canang satu dan canang tiga; seorang pemain bagi setiap canang.
canang satu
canang tiga
5. Gong
Gong berperanan sebagai pengiring dan mempelbagaikan irama yang dimainkan. Walau bagaimanapun, kehadirannya amat diperlukan dan boleh menyebabkan irama yang dimainkan menjadi lengang dan sunyi tanpa adanya pukulan gong ini.
Pantang Larang Etnik Brunei
Masyarakat Melayu Brunei mempunyai pantang yang tersendiri terutama pada bakal-bakal pengantin dan bakal-bakal ibu yang mengandung. Perkara ini wujud daripada kepercayaan orang-orang tua dahulu yang sangat peka dengan keselamatan anak-anak dan yang lainnya.
Contohnya :
Seorang bakal pengantin disuruh untuk berkurung di rumah sebelum 40 hari menjelangnya hari perkahwinan untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus. Ini kerana bakal pengantin tersebut dikatakan mereka 'berdarah manis'.
Manakala bagi bakal yang menjadi ibu, semasa mereka mengandung, kedua-dua suami dan isteri tidak digalakkan berjalan malam ditakutkan masuk angin dan menganggu kesihatan dan sebagainya. Selepas bersalin, si ibu di suruh untuk berkurung di rumah, kerana dikatakan darah selepas mengandung itu disukai oleh makhluk yang halus.
Makanan Khas Masyarakat Brunei
Tinggal di Brunei Darussalam belumlah lengkap sebelum mencuba masakan asli dan kegemaran rakyat Brunei iaitu " AMBUYAT ".
Ambuyat adalah makanan berupa bubur kanji yang dibuat dari sagu atau Ambulung dalam bahasa melayu Brunei. Setelah Ambuyat dihidangkan, rasanya tawar saja dan harus dimakan segera dalam keadaan panas-panas, sebelum menjadi kenyal dan sejuk. Oleh kerana Ambuyat berfungsi sebagaimana nasi, dan tidak berperasa maka membuatnya perlulah dengan Cacah yang menyertainya.
" Cacah " adalah sambal cair pencelup Ambuyat, rasanya masam, sedikit pedas dan sedap. Di samping itu, Ambuyat dihidangkan bersama dengan sekitar 15 macam laut pauk ! Antara lain: Sayatan mangga mentah, ikan masak antap (ikan masin panggang), ikan masin lemak, gulaian pucuk rebung masak lemak, dadah tahai masak api ( ikan diasap bumbu bercili ), ulam-ulaman (lalapan), sambal belacan / terasi, cencaluk (udang diawetkan), cacah binjai (saus buah binjai), dan daging lalap (macam dendeng).
Di sini chef sertakan resipi masakan Ambuyat dan Cacah untuk anda semua mencuba, bagi yang ingin mencuba, atau sekadar ingin tahu bagaimana proses pembuatannya dan dapat menceritakan kepada rakan-rakan yang akan melancong ke Brunei dan ingin menrasainya di restaurant atau berkunjung ke Kampong Ayer.
Pasti anda akan berpuashati dengan hidangan istimewa dari masyarakat Brunei .
Ambuyat
500 gm sagu halus / Ambulung
500 ml air panas mendidih
Cara membuat: Pada mangkuk berukuran sedang, campurkan sagu / ambulung dengan air mendidih dan kacau hingga merata. Penambahan air sedikit demi sedikit hingga warnanya menjadi putih keruh hingga 10 minit. Untuk mengetahui apakah sudah cukup masak, celupkan garpu dan apabila meleket, maka tandanya sudah siap untuk dihidangkan.
Cacah
250 gm buah binjai kering.
250 gm tempoyak
8 biji cili padi / kecil ditumbuk
1 sudu makan petis udang hitam
2 butir limau kasturi diperah dan diambil jus-nya.
1 sudu garam
1 sudu makan gula pasir , atau sesuai selera.
Cara membuat: campurkan dengan merata dan campur dengan sedikit sambal. Tambahkan gula sesuai selera apabila masih terasa terlampau masam.
Kuih tradisional Brunei
KEWUJUDAN kuih-muih Melayu yang merupakan tradisi nenek moyang kita sudah semakin dilupakan malah sesetengah warga negara terutama generasi remaja tidak tahu langsung kewujudannya di negara kita. Keenakan kuih warisan tradisi sememangnya begitu mendapat tempat di hati para penggemarnya, tidak kira golongan tua, muda mahu pun kanak-kanak pada suatu masa dulu. Kini semua yang diwarisi di zaman nenek moyang kita sudah hampir pupus dan ada sesetengahnya pula sudah tenggelam ditelan zaman.
Kalau dulunya kuih-muih kering tradisi kita seperti Sapit, Cacah, Baulu, Kuripit bahkan Sagun kini sudah jarang kelihatan terjual di mana-mana bahkan untuk mendapatkannya juga begitu susah malahan berkurangan sepertinya populariti kuih-muih ini sudah habis ditelan masa apatah lagi untuk memandangnya disajikan di rumah sendiri atau rumah kenalan-kenalan juga sudah tiada tambahan pula untuk melihat bagaimana ia dibuat kini semuanya sudah tiada dan amat susah.
Dewasa ini pengaruh media massa begitu hebat sehingga menyebabkan warisan budaya tradisi kita kian dilupai.
Namun jika kita masih berkeinginan merasa kenikmatan kuih tradisi ini atau sekali gus untuk memperkenalkannya kepada anak-anak kita yang tidak pernah melihat bagaimana bentuk kuih tradisi Melayu warisan zaman nenek moyang kita, kita masih berpeluang mendapatkannya di ibu kota Bandar Seri Begawan dan pastinya di Tamu Kianggeh. Walaupun jumlah kuih yang terjual tidaklah begitu banyak namun kita masih bersyukur kerana masih ada orang yang tetap memperjuangkan kewujudan kuih-muih Melayu tradisi kita.
Dayang Rosnah binti Haji Latip yang berasal dari Kampung Sungai Siamas dan kini menetap di Kampung Perpindahan Mentiri merupakan salah seorang peniaga kecil-kecilan sepenuh masa yang masih bertahan dalam memperjuangkan penjualan kuih tradisi Melayu kita walaupun kuih seumpamanya sudah dikatakan lapuk berbanding dengan kewujudan kuih moden yang menjadi pilihan ramai seperti Kek Batik, Kek Velvet, Cupcakes dan sebagainya namun beliau tidak pernah berputus asa demi mendapatkan rezeki dan mempertahankan rasa cintanya terhadap kuih warisan tradisi nenek moyang kita suatu masa dulu.
KUIH Kuripit sangat rangup dan sedap.
KUIH Sapit masih bertahan sehingga kini.
Saat ditemu bual oleh penulis rencana PELITA BRUNEI tentang sambutan kuih Melayu tradisi kita di negara ini beliau menjelaskan, kini sambutan kuih seperti ini sudah semakin kurang dan boleh dikatakan ia semakin hakis ditelan zaman dan begitu menyedihkan sekali kerana jika dulu kuih tradisi Melayu kita ini menjadi satu kebanggan kita semua bukan hanya kerana ia popular bahkan ia seperti satu kemestian di mana apabila adanya majlis perkahwinan, pernikahan, majlis suka dan duka mahupun Hari Raya, kuih seperti Sapit, Penyaram, Ardam, Baulu dan sebagainya pasti menjadi hidangan khusus bagi satu-satu majlis bahkan ia juga menjadi buah tangan untuk satu-satu majlis tersebut.
“Tapi kini kuih seperti ini sudah tidak wujud lagi bahkan sudah dilupakan sepenuhnya, apa yang menyedihkan sekali banyak dalam kalangan anak-anak muda kita sekarang tidak mengenali kuih-muih seumpamanya bahkan sama sekali tidak mengenali apa nama dan rupa kuih tradisi Melayu kita jika dibandingkan dengan kuih dan kek moden sekarang ini amat mendukacitakan kita kerana kita sebagai anak jati Melayu seharusnya kenal dan bangga dengan kewujudan kuih tradisi kita yang lebih dulu wujud dan sudah lama dinikmati serta menjadi sajian kita sejak dulu lagi,” terangnya dengan nada kesal.
Beliau yang kini berusia lewat 50-an sudah lebih 30 tahun melibatkan diri sepenuh masa di dalam penjualan kuih Melayu tradisi ini sejak berusia 16 tahun lagi dan mempelajari dari ibu beliau turut mengimbas saat mula beliau menceburkan diri di dalam pembuatan kuih tradisi Melayu daripada remaja lagi berkata, jika dulu penjualan kuih tradisi ini begitu laris sekali dan bayangkan dalam sehari sahaja saya boleh menjangkau sehingga lima ke seribu ringgit Brunei dan dalam sebulan ia boleh mencecah sampai ke dua ribu ringgit Brunei melalui jualan kuih tradisi di tamu tempat beliau berniaga sekarang dan ini termasuk juga tempahan yang dibuat di rumah-rumah.
Terangnya lagi, kini ia amat jauh berubah bahkan untuk mendapatkan seratus ringgit Brunei sehari juga begitu susah ini secara tidak langsung turut menjejaskan dari segi pendapatan penjualan sehariannya.
Saat ditanya bagaimana pula sambutan daripada orang-orang Melayu sendiri, beliau menjelaskan ia amat mendukacitakan kerana jika dulu kebanyakan pelanggan dan pembeli kuih Melayu tradisi ini datangnya daripada orang-orang Melayu kita sendiri tetapi kini ia semakin berkurangan bahkan jarang untuknya melihat dalam satu hari pembeli yang terdiri daripada bangsa Melayu untuk datang membeli kuih tradisi tersebut.
KUIH Cincin sangat digemari dan dijadikan sebagai buah tangan dalam majlis-majlis budaya.
INILAH Kuih Jala yang semakin popular kerana keenakannya.
SAGUN juga sebagai menu tambahan bila ia dimakan bersama buah pisang.
Adat Perkahwinan Kaum Brunei
Perkahwinan sememangnya lumrah pada setiap manusia sejak zaman dahulu lagi di serata dunia. Namun yang membezakannya adalah cara perlaksanaan atau konsep sesuatu adat tersebut.Tidakketinggalan juga Negara kita mempunyai keunikan tersendiri dalam sesebuah majlis. Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang sering dilangsungkan adalah majlis merisik, majlis akad nikah, malam berjaga-jaga, majlis berbedak,majlis berpacar, majlis bersanding dan majlis berambil-ambilan.
Majlis Merisik
Sebelum berlakunya majlis perkahwinan, terdapat satu adat berjarum-jarum yang dinamakan adat ‘Merisikyang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Brunei. Selalunya mengikut adat ini, wakil keluarga lelaki yang biasanya terdiri dari dua orang lelaki atau perempuan yang sudah berumur pergi merisik ke rumah keluarga peermpuan yang bakal dipinang
.Sehubungan itu, bagi masyarakat Melayu Brunei wakil yang datang membawa sebentuk cincin sebagai tanda ‘pembuka mulut’sebagai tanda pinangan dari wakil pihak lelaki untuk menandakan bahawa pihak perempuan itu sudah berpunya.
Setelah itu mereka akan menetapkan hari perkahwinan dan majlis-majlis seterusnya untuk memudahkan segala urusan.
Akad Nikah
Akad nikah merupakan perkara yang paling penting dalam setiap perkahwinan. Tanpa berakad nikah, tentunya pasangan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin akan gagal bergelar suami dan isteri. Rukun nikah yang menjadikan perkahwinan menjadi kenyataan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi, “ijab” dan “Kabul”. Majlis akad nikah biasanya diadakan di rumah pengantin lelaki. Tetapi ada juga yang menyelanggarakan di rumah perempuan, tertakluk pada persepakatan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Pengantin lelaki yang melafazkan 'kabul' iaitu jawapan daripada ‘ijab’ jurunikah mestilah jelas kedengaran. Jikalau kurang jelas, terpaksalah diulang semula ‘ijab’ dan ‘kabul’. Apabila kedua-dua saksi berpuas hati dan mengesahkan ‘kabul’ pengantin lelaki tadi,barulah proses berakad nikah itu sempurna. Majlis akad nikah ini bukan sahaja diadakan oleh puak jati Melayu Brunei, malah ia dilakukan oleh Puak jati Tutong, Belait, Kedayan, Dusun ,Murut dan Bisaya yang beragama Islam akan berkembangnya dakwah islam di serata negeri. Selesai majlis akad nikah, barulah majlis-majlis yang lain dilaksanakan.
Pada zaman sekarang, terdapat sedikit perbezaan setelah melaksanakan akad nikah, pengantin terus melangsungkan persandingan bagi tujuan untuk memudahkan segala urusan, memendekkan jangka masa dan mengurangkan pembaziran dari belanjawan perkahwinan.
Malam Berjaga-jaga
Dalam masyarakat Melayu Brunei majlis ‘Malam berjaga-jaga’ adalah sebagai perlambangan hidup kekeluargaan yang intim dan amat rapat. Menerusi aktiviti malam berjaga-jaga ini, yang kebiasaannya diadakan seminggu sebelum menjelangnya Majlis bersanding atau selepas sempurnanya majlis akad nikah. Keluarga bakal pengantin akan mengadakan pelbagai kegiatan pada sebelah malam. Di antara tujuan untuk malam berjaga-jaga itu ialah untuk merapatkan hubungan keluarga dan memberi kesempatan kepada semua golongan bersuka ria, sesuai dengan majlis perkahwinan.
Permainan yang sering diadakan ialah seperti permainan catur,dam, kapit dan pasang. Di samping itu ada juga acara penambangan syair dan berdiang dangan. Majlis ‘Malam Berjaga-jaga’ ini masih dipraktikkan hingga sekarang. Namun ada sedikit perubahan pada segi permainan yang diadakan. Sekarang majlis ‘Malam Berjaga-jaga’ sering diadakan ‘karaoke’, ‘tiket bertuah’, ‘lotto’, ‘sejuta makna’, ‘kuiz-kuiz’ dan sebagainya.
Majlis Berbedak
Majlis berbedak dalam masyarakat Melayu Brunei juga dikenali sebagai ‘Malam Masuk Berbedak’. Majlis ini berbeza sedikit daripada majlis ‘Berbedak Mandi’, kerana jemputan yang diundang lebih ramai daripada majlis berbedak mandi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Majlis ini agak meriah dan diadakan di kedua-dua rumah bakal pengantin. Mula-mula diadakan di rumah bakal pengantin perempuan, selepas itu baharulah diadakan di rumah bakal pengantin lelaki.
Pada kebiasaannya keperluan untuk majlis ini bagi bakal pengantin perempuan ialah bedak lulut, bedak malam, segangsa , bunga-bungaan, langsir, dian empat pucuk, dian kecil dua kotak, dan pakaian persalinan seperti kain putih, tuala dan kain baju yang disediakan oleh keluarga bakal pengantin perempuan.
Bapa bakal pengantin merupakan orang yang mula-mula sekali ‘membedaki’ bakal pengantin dan selepas itu diikuti oleh bakal bapa mentua. Apabila kaum lelaki membedaki, baharulah giliran perempuan memulakannya dengan didahului oleh ibu bakal pengantin dan ibu mentua bakal pengantin. Namun majlis ini sudah tidak berapa lagi diadakan pada malam hari pada zaman sekarang. Perubahan Ini ialah untuk memudahkan kaum kerabat yang tinggal jauh menghadirkan diri ke rumah pengantin. Apa yang penting, ‘Majlis Berbedak’ ini ialah untuk memberi seri wajah kepada bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis persandingan.
Majlis Berpacar
Majlis berpacar merupakan acara yang tidak kurang pentingnya di dalam masyarakat Melayu tradisional di negara Brunei. Di Semenanjong Malaysia, majlis ini dipanggil sebagai majlis berinai. Di negara kita majlis ini dilakukan sekali saja, iaitu pada sebelah malam sehari sebelum menjelangnya ‘Hari Persandingan’. Majlis ini dilakukan secara berasingan di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Di dalam majlis tersebut, upacaranya hanya dihadiri oelh sebilangan kecil orang-orang tua dan ahli keluarga yang terdekat. Di dalam upacara itu, pengantin akan duduk di sisi katil bilik dengan kedua-dua belah kaki dihanjurkan ke hadapan. Orang yang akan memulakan upacara itu adalah kedua ibu bapa bakal pengantin dan diikuti oleh para jemputan. Setelah selesai memacari pengantin, pacar-pacar yang diletakkan itu akan ditambah dengan pacar-pacar yang baru agar lebih tersusun.
Perkara ini dilakukan oleh ‘pengangun’ dengan dibantu oleh beberapa perempuan yang lanjut usia. Pacar-pacar yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki itu boleh dibuka dalam masa 2 atau 3 jam. Akhir sekali, pacar merupakan sebuah lambang bagi dua pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.
Majlis Bersanding
Di dalam adat perkahwinan puak Melayu Brunei , satu upacar yang mesti dilaksanakan sehingga ke hari ini dikenali sebagai ‘Majlis bersanding’. Adat tersebut diadakan bagi memperlihatkan pasangan yang sudah berkahwin dan untuk memeriahkan lagi suasana perkahwinan dengan pakaian yang cantik, berwarna-warni dan sebagainya. Majlis bersanding juga sentiasa diiringi hadrah dan lagu-lagu yang berirama perkahwinan bagi mengambil rasa kemeriahan majlis tersebut.
Pada masa dahulu, majlis persandingan ini sering diadakan dengan gotong-royong saudara –mara , jiran-jiran dan sahabat handai. Namun, sekarang sudah berbeza, zaman semakin berkembang, urusan permakanan kebanyakan dilakukan dengan mengupah ‘catering’ untuk mengendalikan permakanan.
Di dalam pihak pengantin lelaki, pengatin lelaki akan ikut berziarah bersama bapa pengantin. Berbeza dengan pengantin perempuan yang hanya di bilik menunggu kedatangan pengantin lelaki. Apabila pihak pengantin lelaki sampai, acara persandingan dimulakan dengan tiga kali pusingan, selawat dan doa dan diteruskan dengan persandingan.
Majlis Berambil-ambilan
Adat 'berambil-ambilan' diamalkan oleh puak Melayu Brunei dan dilakukan pada malam selepas persandingan yang dilangsungkan pada siang harinya di rumah pengantin perempuan. Adat ini dilakukan dengan pihak pengantin lelaki menghantar beberapa talam yang berisi makanan seperti nasi, lauk-pauk, dagig dan sayur-sayuran ke rumah pengantin perempuan. Hantaran tersebut menjadi hindgan makan malam kedua-dua pengantin.
Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan mengambil isterinya dan terus membawa ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuannya adalah untuk memberi peluang pada pihak pengantin lelaki menyaksikan persandingan tersebut. Adat ini juga boleh mewujudkan gurau senda serta usik mengusik kerana kedua pengantin akan diusik oleh sanak saudara mereka atau jemputan yang hadir dan menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah dengan kata-kata yang melucukan.
Selepas majlis bersuap-suapan, kedua pengantin akan menziarahi kedua ibu bapa mereka dan semua sanak saudara yang hadir dalam upacara itu. Adat ini bukan sahaja dipraktikkan oleh puak jati Melayu Brunei, malah Puak Jati Brunei yang lainnya seperti puak Kedayan, puak Dusun, puak Murut, puak Bisaya yang beragama Islam.
Bahasa Brunei
Kadang-kadang orang susah nak bandingkan mana bahasa Sabah, mana bahasa Sarawak, mana bahasa Brunei . Sebenarnya bunyi lebih kurang sahaja, tapi ada jugak perkataan yang berlainan . Tapi kalau nak dengar betul loghat orang Brunei ni, tak perlu pergi Brunei. kamu semua pergi ke Labuan ataupun Papar , memang lebih kurang sangat-sangat la tuu .
Saya pun boleh bkurapak (bercakap) Brunei sebab dady saya memang orang Brunei tapi tidak lancar sangat la. Tapi masih boleh faham kalau macik-macik cakap .
Ni saya nak kongsi sikit. Contoh perkataan dan ayatnya sekali.
Ani = Ini
Awu = Ya. (Awu banar = Ya Benar)
Usin = Duit
Indada = Tiada
Ia = Dia. ( Kenapa ia? = Kenapa dia?)
Kenapa kan = Kenapa tuh?
Sangal = Sengal ( Sangal aku kadi kau = Sengal aku dengan dia)
Panyap = Kemas (Panyap dulu barang2 ni = Kemas dulu barang2 ni)
Limpang = Baring (Kenapa kau limpang? = Kenapa kau baring?_
Daras = Over (Ee, darasnya dia tuh! = Ee, overnya dia tuh!)
Kameh = Buang air kecil (Aku kan kameh ni = Aku nak kencing ni)
Beria = Buang air besar ( Aku kan beria ni = Aku nak buang air besar ni)
Ijap = Takut (Eh mambari ijap bha! = Eh, bikin takut jer!)
Sasa = Cuci ( Sasa kan dulu pakaian tu = Cuci dulu pakaian tu)
Mengantak = Menjerang/Memasak ( Hantakkan dulu air tu = Masakkan dulu air tu)
Lai = Sayang (Apa tu lai? = Apa tu sayang?)
Mu’a = Muka (Kenapa Mu’anya muram? = Kenapa mukanya muram?)
Tarabah = Jatuh ( Sikit lagi aku tarabah tadi = Sikit lagi aku jatuh tadi)
Bajaur = Berjalan-jalan ( Tahan juga kau berjaur? = Tahan juga ko berjalan2?)
Cuik = Piring kecil (Plate)
Kudut = Piring Besar
Sasaban = Kayu pemotong makanan
Esbok = Peti Sejuk
Kepaingan = Kebiasaan
Kebuliyangan = Terkejut
Kurapak = Sembang
Ngalih = Penat
Palui = Bodoh
Sigup = rokok
Malabui = timbul
Gulayan = Sayuran
Batah = lama
Berinut = Berangkat (Berinut lah dulu kami = Berangkatlah dulu kami)
Mulih = Pulang/Balik (Bha, mulih tah kamu dulu = Balik la kami dulu.
Other than that , perkataan basic yang selalu diguna plak . . .
1- Bubut = kejar
2- Lusir = lari
3- Nyaman = sedap
4- Bisai = cantik,indah
5- Linggang = lembik
6- Berantam = bergaduh
7- menyeluru = mengejek
8- Buyuk = tipu
9- Kudut =pinggan
10- Auw = iya
11- Ben = van
12- Iskul = sekolah
13- Samak = semak
14- Licak = lembut
15- Piasau = kelapa
16- Palui = bodoh
17- Mulih = balik
18- Berinut = minta diri
19- Limpas = lintas
20- Kampis = nipis
21- Sigup = rokok
22- Bangas = basi
23- Lakat = masih
24- Ingar = bising
25- Pelakian = boyfriend
26- Pebinian = girlfriend
27- Basing = tupai
28- Baie = babi
29- Kuyuk = anjing
30- Tekilala = kenal
31- Sikui = tembikai
32- Kepayas = betik
33- Ambuk = monyet
34- Dian = lilin
35- Bekarap = bekelip
36- Dandam = rindu
37- Semberana = cuai
38- Lagau = panggil
39- Bepanggil/Menitir = kenduri
40- Memapak = menguyah
41- Behibun = begurau
42- Menyasah = cuci kain
43- Pelacahan = parit
44- Bubut = kejar
45- Kama = kotor
46- Tuntul = siput sedut
47- Carik = koyak
48- Merakit = mendekatkan
49- Kepala Tuhut = lutut
50- Buntak = pendek
51- Mengkalakari = menipu
52- Tejulayak = tersadong
53- Mengarabat = tersungkur
54- Pendidip = mancis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan